PUASA DI HARI JUMAAT.. BOLEHKAH???
Apakah hukumnya kita berpuasa pada hari jumaat??? Pd jumaat yg lepas ciksu btukar2 pendpt ttg pe kah hukumnya bpuasa pd hari jumaat.. errmm stahu ciksu xboleh.. so ciksu pun google lah untuk kepastian jwpn tsebut..
Ada pendapat mgatakan MAKRUH bpuasa pada hari jumaat kerana ia menyerupai puasa org yahudi… oleh itu untuk mmbezakn puasa tsbut kita hendaklah bpuasa sama ada hari khamis dan jumaat @ jumaat dan sabtu..
(dipetik dr tanyalah ustaz)
Al-Nawawi di dalam Minhaj al-Thalibin berkata:
"Dimakruhkan berpuasa hari Jumaat secara bersendirian, dan pada hari Sabtu."
(Bihamisy Mughnil Muhtaj, vol.1, hal. 447)
Jika puasa hari Jumaat, dia tidak berpuasa pada hari khamis. Juga tidak berpuasa pada hari Sabtu. Ini makruh. Maksud berpuasa pada hari Jumaat atau Sabtu secara bersendirian ialah, tidak melakukan puasa sebelum atau selepas hari berkenaan.Begitu juga, jika dia berpuasa pada hari Sabtu, dia tidak berpuasa pada hari Jumaat. Juga tidak berpuasa pada hari Ahad. Makruh juga."Dimakruhkan berpuasa hari Jumaat secara bersendirian, dan pada hari Sabtu."
(Bihamisy Mughnil Muhtaj, vol.1, hal. 447)
Al-Khatib al-Syarbini memberi komen:
[Dan dimakruhkan berpuasa secara bersendirian pada hari Jumaat kerana sabda Rasulullah s.a.w.: "Jangan kamu berpuasa oleh salah seorang dari kamu pada hari Jumaat kecuali berpuasa sehari sebelum atau selepasnya." (HR Syaikhani). Alasannya ialah, agar dengan tidak berpuasa dapat menguatkan dirinya untuk melakukan perkara yang dituntut pada hari Jumaat.
(Lihat: Mughnil al-Muhtaj, al-Khatib al-Syarbini, vol 1, hal 447)
(Lihat: Mughnil al-Muhtaj, al-Khatib al-Syarbini, vol 1, hal 447)
Kesimpulan:
1. Makruh berpuasa pada hari Jumaat tanpa berpuasa sebelum atau selepas hari berkenaan.
2. Begitu juga dengan hari Sabtu dan Ahad.
3. Hukum ini berdasarkan kepada beberapa hadis Nabi s.a.w.
4. Tidak makruh berpuasa pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad jika ia berbetulan dengan adat kebiasaannya. Seperti orang yang biasa berpuasa sehari dan berbuka sehari.

(dipetik dari keunggulan islam)
Di dalam mahzab Syafie, hukum berpuasa sunat pada hari Jumaat tanpa disertakan puasa sunat pada hari Khamis atau tidak disertakan puasa sunat pada hari Sabtu adalah makruh.
Dari Muhammad bin Abbad bin Ja’far, “Aku pernah bertanya kepada Jabir: Adakah Nabi melarang berpuasa sunat pada hari Jumaat ? Jabir menjawab: Ya." (HR Muslim).
Dari Juwairiah, “Bahawa Rasulullah SAW masuk kepada saya pada hari Jumaat sedang saya berpuasa. Maka sabdanya: “Adakah engkau sudah berpuasa kelmarin? Saya menjawab: Tidak. Sabdanya: Adakah engkau akan berpuasa esok? Saya menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Hendaklah engkau berbuka.” (HR Bukhari)
Nabi bersabda, “Hari Jumaat itu adalah hari Eid (hari raya), maka janganlah jadikan Eid kamu itu sebagai hari kamu berpuasa, kecuali kamu berpuasa sebelumnya atau sesudahnya.” (HR Ahmad)
Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu berpuasa pada Jumaat, kecuali bersama satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya". (HR Muslim)

(dipetik dari tazkirah)
Akhirnya.. harap kt sesama dpt ilmu yg ciksu smpaikn.. pe yg baik dtg nya dr Allah... yg bruk ddr ciksu sndr..
WAALLAHUALAM..
No comments:
Post a Comment
moga Allah merahmati kita semua (",)